Nov 27, 2010

Hikmah berdiam diri

1 comments
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. ..

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM :
  1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  2. Perhiasan tanpa berhias.
  3. Kehebatan tanpa kerajaan.
  4. Benteng tanpa pagar.
  5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
  • "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)
  • "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
  • "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)
Madah Dari Hukama:
  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Mabuk dalam cinta terhadap Allah..

0 comments

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S. berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya”.

Berkata Nabi Isa, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu”. Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah”. Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa A.S. pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”. Selesai sahaja Nabi Isa berdoa, maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salamnya, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa”. Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaKu. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun tentu dia tidak mengetahuinya”.

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

  • Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
  • Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
  • Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima”.

  • Mereka cinta kepada dunia tetapi mereka lupa kepada akhirat.
  • Mereka cinta kepada harta benda tetapi mereka lupa kepada hisab.
  • Mereka cinta kepada makhluk tetapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.
  • Mereka cinta kepada dosa tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
  • Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah tetapi mereka lupa kepada kubur
Sumber:Himpunan kisah-kisah teladan

Nov 16, 2010

The result came out nice...

3 comments
Tada..~~hehe...hasil kerja yang ke-2. Seronok tengok hasil2 seni semua ni. Semuanya bermula dr minat...kalau tak minat mmg xakan suka benda2 cmni..

Nov 15, 2010

KeNangan BerSaMa

3 comments
Ini waktu Huda dan Kak Husna dtg UIA Gombak waktu dorg cuti balik Malaysia. Rsenye ni waktu bln puasa haritu. Lagi 2 minggu nak raya. Seronok dpt jumpa mereka. Gambar2 tu sedikit dr aktiviti kitorg..hee..Tq Huda dan Kak Husna dtg memeriahkan hari hari kami. Walaupun sekejap ttp dpt merapatkan kembali ukhuwah antara kami. May Allah bless u all!
Powered by Blogger.