Showing posts with label Bingkisan kalbu. Show all posts
Showing posts with label Bingkisan kalbu. Show all posts

May 17, 2011

Muhasabah sejenak::Cerita

0 comments
Tersebut kisah seorang datuk dan cucunya tinggal di tepi sungai. Setiap pagi datuknya membaca al-Quran dengan suaranya yang merdu mengalunkan ayat-ayat indah al-Quran dan menyuruh cucunya mengaji al-Quran.

Didesak rasa ingin tahu, si cucu bertanya, "Mengapa Datuk selalu mambaca al-Quran?Menjadi rutin, setiap pagi?" Menurut si cucu, sukar untuk memahami kandungan ayat-ayat al-Quran tersebut, walaupun setelah mambaca terjemahannya. "mengapa memaksakan diri membaca sesuatu yang tidak kita mengerti?"

Mendengar pertanyaan tersebut, si datuk terdiam. Dia tidak menjawab sebaliknya si datuk menyuruh cucunya mengambil air di sungai berdekatan rumah mereka mnggunakan bakul bekas arang. Bakul tersebut hitam legam maklumlah bekas tempat arang.

Walaupun tidak faham dan tidak berpuas hati kerana datuknya tidak menjawab soalannya tadi, si cucu mengikut apa yang disuruh oleh datuknya iaitu mengambil air di sungai menggunakan bakull. Tetapi setiap kali deceduk menggunakan bakul biasalah air akan keluar dari lubang bakul yang diperbuat dr rotan tersebut.

Si cucu memberitahukan hal tersebut kepada datuknya, mustahil untuk mengambil air menggunakan bakul rotan tersebut. Tetapi datuknya menyuruhnya mencuba lagi. Dengan patuh, sang cucu kembali ke sungai dan menceduk air dengan bakul tersebut. Dapat diceduk tetapi air dengan cepat keluar balik. Cucu tersebut berfikir, si cucu memutuskan untuk berlari sambil membawa bakul berisi air tersebut. Mungkin saja setibanya di rumah masih ada air yang tersisa di bakulnya.

Namun begitu bakul tersebut tinggal kosong ketika si cucu sampai di rumahnya. Airnya sudah keluar sepanjang perjalanannya. Tidak menerima kegagalan, sang datuk tetap menyuruh si cucu utk kembali ke sungai dan mengambil air dgn bakul rotan tersebut.

Berkali-kali cucunya berlari dari sungai menuju rumahnya sambil membawa bakul berisi air tersebut. Dia cuba berlari dengan lebih laju, namun hasilnya tetap sama:air sungai tersebut tak pernah sampai ke rumahnya, ke hadapan datuknya. Termengah-mengah, si cucu akhirnya berkata kepada datuknya bahawa benar-benar mustahil mengambil air dengan bakul rotan tersebut.

Mendengar pernyataan cucunya, datuknya tersenyum. Ia mengajak cucunya duduk dekat. Lalu berkata,"Begitulah cucuku. Maaf membuatmu penat. Memang tidak ada air yang sampai ke sini. Tapi lihatlah, adakah erubahan yg dapat kau lihat pada bakul tersebut?"

Si cucu memperhatikan bakul yang dibawanya tadi utk pertama kali. Benarlah, ia memang tidak menyedari sebelumnya kerana terlalu memikirkan cara bagaimana membawa air dgn bakul tersebut, tp bakul yang tadinya hitam legam kerana arang tersebut sekarang sudah bersih, berwarna asli seperti rotan asalnya.

"Seperti itulah membaca al-Quran,: ucap si datuk. "Mungkin masa ini tidak belum faham ertinya, belum mengerti pengajarannya. Tapi tanpa kita sedari, ayat-ayat yang selalu kita lantunkan tersebut membuat hati kita bersih dari noda-noda kehidupan, dari buruknya sifat-sifat makhluk fana yang mungkin bersemayam dalam hati kita. Amalkanlah membaca al-Quran cucuku, sebagai alat pembersih hati."

Si cucu masih terduduk lelah dgn nafas sedikit termengah-mengah, namun ia mengangguk faham. Rasa ingin tahunya dapat jawapan yg memuaskan hatinya, ia mendapat sesuatu yg berharga hari itu.

p/s: Cerita yg penuh pengajaran(",)...sedarlah kita bahawa kita mesti membaca al-Quran walaupun sehelai m/s sekalipun setiap hari sbg mencuci hati kita. Baca, fahami dan hayati al-Quran kerana ianya yg menjaga kehidupan kita dr sesat tnpa tujuan...iA<3

Sumber:http://fasa-mega.blogspot.com/search?updated-max=2010-08-04T18%3A31%3A00-07%3A00&max-results=10

Sep 27, 2010

Sahabat Sejati..

3 comments

Manusia tidak bisa hidup keseorangan...
Perlu teman perlu rakan...
Seluruh orang2 beriman...
Adalah bersaudara dan bercinta..

Namun dari segi fitrahnya...
Ada yang teristimewa baginya..

Kalau nabi memilih abu bakar..
Sebagai teman berbicara..
Siapa pula rakan berkasih kita...
Kenapa pilih dia..??

Teman kita..
Kalu hanya mampu bersangka baik...
Baru serendah ukhwah namanya...
Itupun berukhwah ertinya..
Yang teristimewa kata hassaan al banna..
Dia akan melebihkan kita dari dirinya..
Itupun teman berduka...
Teman bercinta...
Teman bermesra...
Kalu belum sampai ke peringkat itu...
Rakan biasa Cuma..

Kudapati sahabat sejati..
Tidak semestinya kaya raya...
Sebaya umur atau hanya...
Rakan ketawa...
Menangis tiada...
Tidak semestinya...
Panadai bercerita dongeng...
Dan mitosnya atau...
boleh belanja makan semeja...

tetapi sahabat sejati...
ia adalah sahabat di hati...
biar kurang bersuka ria...
gelak tawa namun jiwa hidup bersama...
wajah kita dilubuk perasaannya...
wajahnya dalam renungan mata...
sehari tidak berpandangan...
bertanya khabar dan amalan...
seolah-olah telah hilang...
sebahagian daripada kehidupan...
putaran hidup kita...
adalah diari hidupnya...
murka kita...
kebimbangannya...
rahsia kita rahsianya juga...
apabila berselisih faham...
dia adalah jasa pendamai...
yang bersegera...

nama kita...
sebahagian dari rukun...
doa dan munajatnya...
harta kita, hartanya juga...
bahagia kita pesta hidupnya...
dia adalah sahabat sejati...
sahabat iman sahabat abadi...

marilah kita benarkan ucapan,
saidina ali rodhialluanhu...
"tiada guna bertemankan dengan orang
Yang tidak berpendirian,..
Kemana angin bertiup...
Kesitulah condongnya,
Dia pemurah bila kita...
Tidak memerlukan hartanya...
Tetapi..
Dia bakhil Bila kita
Jatuh miskin dan papa.."

Alangkah banyak rakan...
Ketika anada menghitung2nya...
Tetapi alangkah sedikit mereka...
Ketika bala datang menimpa...

Betapa sukar mencari..
TEMAN curahan hati...

Sama-sama renungkan dan semoga saya juga menjadi sebahagian dari teman2 yang sejati...(",)

Sep 21, 2010

It's up to me

0 comments


Semakin besar, semakin banyak dugaan...sampai kita tak mampu nak menghadapinya dan sampai satu tahap nak menyalahkan takdir apa yg berlaku. Tapi yelah, kadang-kadang bila sampai satu tahap di mana saya rasa hidup ini tidak adil saya tahu ada something tak kena. I don't know what it is sebab masalahnya kadang-kadang kita sendiri tak tau kt mne puncanya. Bila kita dh dpt puncanya satu lagi punca dan bermacam-macam lagi dtg di fikiran bagai arus yg kita sendiri xdpt menahannya. Akhirnya tenggelam dlm fikiran sendiri yg melemaskn. Saya jenis bila ada perasaan tdk puas hati dgn seseorg saya kadang-kadang boleh direct je ckp. Tp klu dgn somebody yg ada keterikatan yg rapat dan yg lbh tua saya tak puas hati saya byk mendiamkn diri walupun rasa geram. Mgkn kita tak nak menyakitkan hati mereka or mls nk bertengkar. Baik diam saja. Mungkin itu jalan terbaik tp jalan itu membuatkan saya sometime menjauhkn diri dr mereka kerana itu saja cara utk melindungi diri saya dr disakiti. Kadang-kadang saya memikirkan apa yang saya buat itu hanya melindungi diri walaupun tau ianya hanya berkesan utk sementara tetapi bukan menyelesaikan. Kebiasaannya dgn org yg kita rapatla kita paling senang utk menyakitkan hati mereka. Mungkin kita anggap itu biasa dan anggap mereka faham dgn perangai kita. Ini hanya andaian tp kebiasannya mmg begitu. Penyelesaian itu begitu sukar utk dicari selagi tidak memahami apa masalahnya. Aku banyak menyalahkan diriku sndiri sehingga sukar utk memotivasikan diriku lagi walaupun begitu banyak yg aku tahu. Ayt2 seprti ujian memtangkan diri atau Allah nak uji aku byk kusebut tetapi mgkn ini ujian yg paling berat yg xsggup aku hadapi. Emosiku sdh tdk menentu. Aku hanya ingin memejamkan mata selama-lamanya spya bebanku pergi. Memikirkan penyelesaian yg bagai tiada penghujungnya. Tapi kita xboleh minta spy kita pegi 'jauh' cme mgkn saya sebagai manusia biasa yg memilih cara yg mudah.


Saya memendam terlalu lama hingga sedikit demi sedikit ketidakpuasan hati menjadi benci yg menakutkan. Mungkin semua tidak faham apa yg saya alami kerana saya yg alaminya. Saya bukan mahu simpati dr orang bila saya meluahkan cme itu saja cara supaya saya dpt tenang kembali dan menghadapi hidup dgn optimistik. Saya akui manusia mmg perlukan perhatian dan saya salah seorg drpdnya...kdg2 ia melemaskn jika berlebihan tetapi merindukan bila tiada. Peliknya....saya tak tau kenapa. Tapi meluahkan itu hanya sementara kerana masalah itu tidak akan selesai jika hny berkata-kata tetapi jika melaksanakan. Sekarang saya still keep my strength to go on with my life on my own. Aku sebenarnya tdk suka dgn keadaan mcm ni tetapi biarlah utk kebaikan saya dan mereka. Saya tahu mereka juga mungkin lagi gembira dgn ketiadaan saya. Saya mahu buat apa yg saya mahu dan saya suka....apa mereka mahu saya xnak tahu..Rasa bodoh je bgtau semua ni tp whateverla. And I know Allah always have deep in ma heart.


To lighten myself now, just a little word:


It's up to you


It's not what happens to you

That can make your life or break it.

Thhe thing that really matters

Is the way you choose to take it.


You can have a "pity party"

And say life's not worth the living,

Or find some place that needs the love

And help you could be giving.


You can crawl into a shell,

And reach a state of depression,

Or count the many blessings

You still have in your possession.


You can say that life's not fair,

And that you simply cannor bear it,

Or seek what's good in life,

And find a way that you can share it.

Kesimpulan:emm...saya punya cara dr terus-terusan sedih bukan tak ada. Cme ia hanya berkesan bila berseorangan.

Aug 9, 2010

Sem baru, masa menuju perubahan

0 comments

Salam. Walaupun dh msk minggu ke-5 saya memulakan sem baru tetapi baru nk pos dlm blog subjek ape yg diambil sem ini. Bukan ape..kadang idea tu hanya dpt ditulis dlm buku saja sbb internet di sini agk susah nk dpt jgk..Jadi, alhamdulillah akhirnye dpt jugak dicoretkan tentang apa saja tntg kehidupan saya di uia bile masuk sem baru ni...

Subjek yang diambil adalah:-

>Introduction to economics for engineering
>Fundamental of Financial accounting
>Human Computer Interaction
>Project Management in IT
>IT Security 1

Itu tentang subjek yg diambil...5 subjek semuanya..agak tough jgk sbnrnye sbb ade subjek kira2 kot..hmm..tp alhmdllh setakat ni masih dlm kawaln..hehe..okla, sem ni perlu sungguh2 n tingkatkan lagi usaha dr sem yg lepas...apa yg kurang kita perbaiki dan yg baik kita kekalkn dan pertingkatkn lagi...Yang penting Doa, usaha, ikhlas, tawakal..smoga Allah beri yg terbaik untukku...

Sepotong hadis utk direnung bersama:

"Diterima dari Mu'adz bin Jabal beliau berkata:Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Pelajarilah ilmu itu dengan sungguh-sungguh sebab mempelajarinya dengan sungguh-sungguh krn Allah merupakan suatu kebaikan. Adapun mentadaruskan ilmu itu merupakan tasbih, membahasnya merupakan jihad, sedangkan menuntutnya merupakan ibadah. Adapun mengajarkan ilmu sama dgn bersedekah, memberikan ilmu kepada ahlinya merupakan suatu korban, memikirkan ilmu menyamai puasa, mudzakarah ilmu sama dgn mengerjakan smbhyang sunat".




Jul 8, 2010

Sebuah kisah:warkah dari ayahanda

0 comments
photo from ~ duniaizryn.blogspot.com

Assalamualaikum warahmatullah…

Puteriku,

Sewaktu aku ingin menitipkan tintaku ini buatmu aku merenungimu dengan penuh kasih sayang. Waktu itu engkau baru berumur beberapa hari selepas engkau dilahirkan kedunia ini oleh ibu yang mengandungkan dirimu. Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang cahaya mata bernama wanita yang bakal mewarisi sifat kelembutan ibumu sebagai wanita solehah.

Namun perlu engkau ingati akan kelembutanmu itu, bukanlah diskriminasi Tuhan terhadapmu. Aku berpesan buatmu tentang keadilan Tuhanmu. Betapa agungnya Dia menciptakan dirimu sebagai insan yang bernama wanita supaya kau sanjungi anugerahNya buatmu.

Keagungan Tuhanmu mengatasi segalanya. Oleh itu patuhilah segala perintahNya lantaran kau terpilih dijadikan cuma sebagai hamba dan jauhilah laranganNya untuk menunjukkan kasihmu terhadapNya. Perhatikan segala amanahNya buatmu kerana amanahNya perlu kau dahulukan daripada amanah makhluk-makhlukNya. Selamatlah dirimu tika mana kau memilih jalan Taqwa dan meninggalkan perangkap maksiat dan kehinaan. Puteriku! berimanlah dikau dengan Allah yang Maha Agung. Yakinilah pada ajaran dan sunnah Rasulullah saw. Berpeganglah pada dustur yang mengajarmu tentang tarekat hidupmu lantas ketauhidanmu akan mengikat Taqwa dan imanmu terhadap penciptamu. Yakinilah bahawa setiap perkhabaran para Rasul itu benar sekalipun berita yang di bawa itu bukan cuma berita gembira.

Puteriku,

Hari ini aku akan menamakan dirimu. Aku memilih nama seorang wanita yang aku kagumi dari kalangan wanita-wanita lain yang juga turut menjadi idola. Namun hatiku cuma muyul untuk menamakan dikau dengan nama ini. Janganlah sesekali engkau merasa jengkel dan kekurangan dengan namamu ini. Paling tidak merasa cemburu dengan nama-nama temanmu yang lain barangkali jauh lebih up to date. Percayalah bahawa namamu ini sudah memadai untuk kau merasa rendah diri terhadap Tuhanmu dan bertanggung jawab untuk menaladani peribadi yang pernah bernama seperti itu. Ingatlah kau bakal menjadi serikandi sepertinya suatu masa nanti.

Aku berpesan kepadamu tentang ilmu. Ilmu itu mengangkat darjat manusia. Ilmu jugalah yang mencipta peradaban ciptaan manusia yang hakikatnya adalah ketentuan Ilahi. Ilmu jugalah yang memisahkan kekufuran bila hidayah dicampakkan ke kalbu seseorang insan. Oleh itu usahlah engkau pencilkan dirimu dari ilmu kerana engkau bakal bergelar seorang ibu yang akan mendidik anak-anakmu nanti. Ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Kedua-duanya muhrim bagimu, namun ilmu ukhrawi lebih aham. Justeru aku menyekolahkanmu di sekolah aliran agama supaya cita-citaku itu menjadi pasti.

Sewaktu kecilmu engkau diasuh ibumu. Engkau dibelai manja. Ketika salahmu engkau diteguri supaya engkau berhati-hati di lain kali. Ketika betulmu aku dalam diam mensyukuri kepintaran yang dikurniakanNya buatmu. Patuhilah perintah kedua ibu bapamu selagimana ianya tidak berselisih dengan ajaran Islam. Usahlah engkau bersedih tika engkau gagal sekali. Sebaliknya berusahalah dengan lebih gigih kerana engkau masih mempunyai peluang untuk kali kedua. Janganlah engkau pencilkan kesedihan dengan esak tangismu yang menyayukan hati. Janganlah engkau salahkan Tuhanmu tika lara dan duka mengunjungi laman hidupmu. Sedarilah itulah ujian TuhanMu untuk menilai kesabaran dan ketaqwaanmu terhadapNya.


Puteriku,

Apabila usiamu mencecah sembilan tahun engkau akan bertukar status dari seorang kanak-kanak perempuan menjadi wanita. Ya… wanita yang punyai tanggung jawab terhadap agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. Engkau bakal mengalami peristiwa ganjil. Janganlah engkau takuti akan peristiwa itu lantaran ia adalah perkara ghalib untuk kaum hawa. Engkau akan mengalami haidh. Ia adalah darah yang keluar dari kemaluanmu ketika engkau dalam keadaan sihat. Engkau perlu tahu hukum-hakam mengenainya. Apa yang perlu engkau lakukan dan apa yang ditegahi agama terhadapmu. Janganlah engkau merasa hina dengan ia kerana ia adalah suatu urusan yang ditentukan Allah kepada wanita-wanita berketurunan Adam.

Selepas kejadian ganjil itu engkau punya tanggung jawab besar. Engkau perlu lunaskan tanggung jawabmu terhadap agamamu. Jangan engkau abaikan tanggung jawabmu terhadap kesucian dirimu. Apabila sudah berhenti haidhmu maka bersegeralah engkau menyucikan dirimu dan kerjakanlah semula amal ibadatmu. Sesudah itu engkau akan berkali-kali mengalami peristiwa tadi sehingga engkau mengerti hikmah ketentuan Ilahi terhadapmu. Usahlah engkau merasa pelik jika aku tuturkan untukmu bahawa ada wanita yang tidak pernah mengalami haidh dalam hidupnya. Dialah puteri kesayangan Baginda Rasulullah (Fatimah al-zahra' r.a). wanita yang cuma datang haidhnya sekali seumur hidup. yang setahun sekali.yang jarang-jarang sekali dan normalnya ia datang setiap bulan. Maka hitunglah. Paling kurang haidh itu adalah sehari semalam dan paling lama tempohnya adalah 15 hari berserta malamnya. Tentu engkau merasa pelik mengapa aku menulis warkah seperti ini bukan? Aku ingin mengajarmu tentang hidupmu. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah; Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. Justeru janganlah engkau segan silu bertanya tentang usuran agamamu pada hal yang tidak engkau ketahui atau engkau ragui kesahihannya kepada orang-orang yang lebih mengetahui. Janganlah engkau tanyakan pada orang yang jahil kerana kelak fatwanya menyesatkan dirimu.

Selepas tempoh ini engkau akan membesar menjadi seorang wanita. Tubuh badanmu akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit sehingga engkau bakal dikagumi oleh lelaki. Wajib tika ini engkau menutup auratmu terhadap pandangan lelaki ajnabi. Engkau tidak betah lagi untuk menayangkan tubuhmu lantaran ia adalah fitnah yang merosakkan. Waktu ini juga citarasamu akan berubah. Perasaanmu untuk mendekati dan berkawan dengan kaum lelaki melonjak-lonjak. Engkau akan girang bila engkau punyai teman berlainan jantina. Itulah yang dinamakan ikhtilat. Biasanya ia berlaku ketika usia peralihanmu sewaktu engkau menduduki tangga menengah alias usia remaja. Umur sementahmu itu pada hematku tidak wajar engkau berbuat begitu melainkan untuk urusan-urusan yang dibenarkan syariat. Ikutilah jejak ibumu. Dialah modus operandi terhampir buatmu. Seingatku dia tidak pernah menjalin hubungan alias berpacaran dengan lelaki ajnabi selainku.

Puteriku,

Engkau adalah anak pasca alaf kemodenan. Paling tidak engkau adalah generasi akhir zaman. Oleh itu janganlah engkau sia-siakan zaman mudamu dengan hiburan dunia yang melekakan. Penuhilah dadamu dengan ilmu. Tidak rugi engkau menjadi seorang yang berilmu seperti beberapa tokoh serikandi Islam yang pernah melakarkan sumbangan mereka terhadap Tamadun Islam.

Lihat saja Saidatina 'Aisyah r.a yang terdidik oleh Madrasah Rasul. Dia betah menjawab persoalan-persoalan yang diajukan lantaran kefaqihannya yang terbukti. Mengimbaskan nostalgia Saidatina Khadijah r.a pasti kita terpana akan perngorbanannya yang sukar untuk ditandingi. Pun begitu menyorot kezuhudan dan agung kasih serta cintanya terhadap Ilahi tentu sahaja engkau pernah mendengar akan nama Rabiatul Adawiyah. Kesemua mereka itu adalah wanita. Beruntunglah engkau duhai puteriku jika engkau menyusuli jejak mereka. Aku sengaja menampilkan peribadi-peribadi tadi bukan untuk menghasut cemburumu, malah aku mahukan engkau menaladeni jejak mereka. Tidak salah untukmu terjun kejihad kerana ikhlasmu untuk menegakkan agama Allah. Aku tidak mengajar engkau untuk takut akan mati syahid. Pernahkah engkau mendengar kalam seorang mujahid tentang perjuangan?

Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: "Jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh beruzlah. Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada'."

Berbicara soal perjuangan merupakan suatu realiti kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan. Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman kekufuran terhadap Ilahi. Perjuangan menundukkan hawa nafsu yang sering meronta di dalam diri. Perjungan di titian kesabaran mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan Tuhan. Perjuangan mendidik diri menjadi seorang hamba dan perjuangan untuk merintis serta mengembalikan kedaulatan Daulah Islamiah yang telah lama hilang. Ya… itulah tugas utama kita. Itulah amanah yang perlu kita lunaskan semenjak kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniah pada tahun 1924M. Maka sehinggalah perjuangan murni itu mencapai noktahnya yang entah bila janganlah engkau menyimpangkan diri dan hatimu dari terus bersama dalam ribat Jamaah Islam.

Puteriku,

Sampai masanya nanti engkau bakal menjadi seorang isteri dan seterusnya bergelar seorang ibu. Usahlah engkau ragui akan jodohmu kerana lelaki soleh itu adalah untuk wanita solehah. Dari itu jika engkau mengidamkan bakal suamimu sehebat Saidina Ali k.w jadikanlah dirimu laksana semulia Fatimah al-Zahra'. Aku nukilkan kata-kata Asma' binti Kharizah Fazari r.a. diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (dengan mentaat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja daripada dirimu.

Kehidupan berumah tangga adalah amanah sebenarnya. Bukan sekadar pengkongsian kebahagiaan semata-mata malah berkongsi segalanya sehinggalah manusia menyedari tanggung jawab masing-masing sebagai suami isteri. Taatilah suamimu dalam taqwamu terhadap Allah. Janganlah sesekali engkau menderhakai suamimu. Ingatlah wahai puteriku sesungguhnya Baginda Rasul saw pernah bersabda: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup." Usahlah engkau merasa pilu dengan perkhabaran-perkhabaran tadi. Persiaplah dirimu kerana walaupun kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita lantaran mereka dari golongan wanita-wanita yang jahat. Namun masih ada ruang untuk wanita mendapat syurga. Jadilah wanita yang baik. Jadilah wanita yang mentaati perintah Tuhan dan suaminya. Jadilah wanita yang menjadi ibu yang baik.

Puteriku,

Puisi ini untukmu…

Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah

Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda

Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda…


Puteriku,

Barangkali engkau sudah bosan membaca warkahku ini. Aku tidak pasti bilakah masanya engkau bakal membaca warkahku ini. Kalau engkau membacanya tika aku masih di sampingmu maka anggaplah ini pesanku buatmu wahai puteriku. Jika engkau membacanya tika aku sudah disemadikan itulah wasiatku buatmu.

Untuk mengakhiri warkahku ini aku juga ingin berpesan sebagaimana Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya…

T
elah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
"Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu.
Ingatilah kepada Allah s.w.t.
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.
Sentiasalah mengingati mati."


Ayahandamu.

Fatimah Al-Zahra' melipat semula warkah itu untuk kesekian kalinya. Itulah wasiat ayahnya. Ayahnya gugur syahid sebelum sempat melihat dia mencapai impian yang dilakarkan dalam warkah bisu itu. Kini Fatimah Al-Zahra' adalah penuntut tahun akhir jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah, Mesir. Dia mencapai semula kitab Qawaid Feqh sebagai isti'datnya untuk menghadapi imtihan dan terpenting untuk mencapai impian seorang ayah...

wallahualam...




Jul 2, 2010

Nikmat Allah yg tidak dihargai...

0 comments

Monolog...

Ingin sahaja aku pergi jauh...jauh sekali..jauh dr paksaan emosi,dr tekanan, dr hiruk-pikuk dunia,dr kata-kata manusia...Hanya sabar shj yg sdg mnjdi pembendung dr segala kekacauan emosi di kala ini. Ya, sabar...Begitulah indahnya rasa bersabar apbl semua kesakitan hr ni membuahkn kebahagiaan dan kegembiraan kelak.

Aku bingung, bila 'nikmat' itu ada di dpn mata, perasaan ini tidak merasa erti makna sebuah makna menghargai. Bila jauh pula perasaan rindu mula menerpa dan ayat ini terasa bagai terngiang-ngiang di kepala "Haa..bila dh jauh barula nak bersyukur."

Kadang-kadang 'nikmat' ini semakin tidak dirasai...tidak dihargai, tak disedari kewujudan dan kepentingannya...mungkin diri ini yg tidak bersyukur atas nikmat itu. Mungkin bila 'nikmat' itu menjauh atau menghilang barulah aku akn merasainya...ya, itulah manusia...selalu saja tdk bersyukur sprti aku skrg...Ampunkan aku ya Allah...Tuhan yg selalu membolak-balikkan hatiku...

Tapi kadang-kadang itulah sikap manusia, baru rasa nak menghargai tatkala 'nikmat' itu pergi....


Pemujuk hati...

Firman Allah SWT dalam QS Al-Ma’aarij ayat 19-27 bahwa: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir; Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah; Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir; Kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat; Yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya; Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu; Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta); Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan; Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.”

Mengeluh adalah perbuatan yang sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Karena itu Rasulullah SAW bersabda: “Tiga macam tanda-tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju (putus asa, bunuh diri, dsb.), mengeluh dan menghina nasab orang.” Dalam Hadist lain Rasulullah SAW bersabda: “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan membuatkan pakaian dari uap api neraka.” (HR Ibnu Majah).

Cerita tentang sabar mghdpi ujian...

Pada masa Tabi’ien ada seorang yang bernama Abdul Hasan. Suatu saat ia pergi haji ke Baitul Haram. Saat tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang wajahnya bersinar dan berseri. “Demi Allah, aku belum pernah melihat seorang wanita yang wajah secantik dan secerah wanita ini, pasti wanita ini tidak pernah risau dan bersedih hati sehingga wajahnya tetap bercahaya dan berseri.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abdul Hasan lalu ia bertanya, “Apa katamu hai saudaraku ?, Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati karena risau, dan tidak ada seorangpun yang menemaniku dalam hal ini.” Abdul Hasan bertanya, “Hal apakah yang merisaukanmu ?” wanita itu menjawab, “Aku mempunyai 4 orang anak, satu sudah menikah, dua sudah dapat bermain sendiri, dan satu lagi masih menyusui. Pada suatu hari suamiku menyembelih kambing korban. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,

“Hai adikku, sukakah aku tunjukan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”.

Lalu adiknya disuruh berbaring, dan disembelihlah leher adiknya itu. Dia merasa ketakutan setelah melihat darah mengucur keluar dari leher adiknya itu. Kemudian dia lari ke bukit yang disana dia dimakan oleh srigala. Ayahnya pergi mencari anaknya itu sampai mati kehausan. Ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena kebadannya. Air panas itu melepuhkan kulit dan badannya sehingga tidak dapat tertolong lagi. Berita ini terdengar oleh anakku yang sudah menikah dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pingsan hingga smpai menuju ajalnya. Kini aku tinggal sebatang kara diantara mereka semua.”

Kemudian Abdul Hasan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”
Wanita ini menjawab, “Tiada seorangpun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeda. Sabar adalah memperbaiki yang lahir, hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh, maka ia tidak akan pernah mendapat ganti, kecuali sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita diatas, suatu cerita yang dapat dijadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT, ketika terkena musibah dan ujian dari Allah SWT. Karena itu Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah Hadist Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya di dunia kemudian ia sabar, melainkan Syurga baginya.”
Powered by Blogger.