Sejauhmana kegembiraan manusia, Suatu hari akan merasa sepi sepertimana hati yang pernah disepikannya dengan keegoan jiwa manusiawinya.Terkadang kesepian itu bersifat sementara dan itu adalah keindahan dan terkadang sepi itu hingga kepenghujung usia. Dan itu hukum alam untuknya! Mohonlah kemaafan darinya sebelum kita lebih merana!
Sepi mengajar kita tentang dunia. Tentang manusia. Tentang cinta.Betapa dunia memerlukan harta dan kedudukan hingga kita kejarnya hingga berpindah benua. Kita teruja. Berusaha. Hingga terkadang menyimbah airmata mendambakannya. Dunia makin laju meninggalkan kita. Kita kejar dan kejar hingga merana. Kita memeluknya hingga terpana. Mengucupnya hingga terleka. Kita semakin tua tapi dunia menjadi obsessi kita. Kita terasa muda. Hingga lupa penjaga kita. Kiri dan kanan pencatit kita. Dosakah. pahalakah. Kita tidak terasa. Kita terlalu berbaik sangka dengan dunia. Kita guna ijtihad kita. Dunia perlu untuk dakwah. Harta perlu untuk dakwah. Jawatan perlu untuk dakwah. Kedudukan perlu untuk dakwah.
Sebenarnya yang bertanduk itulah yang mengajar kita. Akan ijtihad yang begitu. Kita makin buta Sirah. Dakwah tidak tertegak dengan harta. Tidak tertegak dengan jawatan. Tidak tertegak dengan kedudukan. Apakah jawatan Muhammad? Hingga mampu menguasai dunia. Engineer? Doktor? Atau apa apa saja.
Dan sepi mengajar kita.Kita semakin mengecil ditengah kafilah dakwah. Dengan memegang jawatan besar kita berijtihad lagi. Kita akan buat dakwah. Tapi sibuknya kita dengan kerja. Dengan assignment kerja dan kita terkulai dengan permainan ijtihad kita. Ini saja yang aku mampu. Cukuplah! Sekurang kurangnya aku buat. Kita berIjtihad lagi. Dengan yakinnya. Untuk meruksahkan masuliyah kita. Membenarkan kelemahan kita. Itulah kita dengan dunia. Makin dikejar makin jauh larinya. Hingga sepi ukhrawi dibelakang kita!
Sepi semakin sepi.Bila kita pernah sepikan hidup insan lain. Bila hukum karma menghempap kita. Kita resah bagai burung kehilangan sayap. Bagai layang2 yang putus tali. Patah hati kita. Kita terkandas dihempas takdir. Mata air menjadi airmata. Begitulah sepi mengungkap derita. Di dalam sepi juga kita cuba bangun dengan segala derita. Cinta bukan untuk derita kalau berawal dan berakhir pada Allah. Erti cinta ialah memberi dan memiliki. Itulah cinta yang dimaknai. Bukan untuk menerima. Tidak perlu derita dan kecewa jika tidak mendapatinya. Kalau kita mencintai seseorang jangan mengantungkan harapan kebahagiaan hidup dengan hidup bersamanya! Kalau dia menolak kita dan itulah yang menjadi kita sengsara. Kita sengsara bukan kerana mencintai dia, tapi kerana mengantungkan kebahagiaan kita diatas cintanya.Lemahnya kita. Malu kita dengan kelemahan itu.
Kita cuba memujuk jiwa. Namun sepi juga kita rasa. Kerana kita berdosa. Dosa yang amat terasa. Entah insan itu maafkan kita. Atau ia menyimpan deritanya untuk dikembalikan kepada kita didunia kedua. Jangan begitu. Kata hati kita.
Sepi tetap mengajar kita untuk berfikir.Terkadang kita memerlukan detik sepi untuk bertanya pada hati. Dalam tafakur dimalam sunyi untuk menyoal pada hati. Pada nurani dan bisikan nurani itu akan lebih jelas kedengaran dan waktu itu mudah2an kita akan mengenali suara hati dari hiruk pikuk nafsu.
Sepi juga terkadang menjadikan kita lebih akrab dengan wahyu.Disaat kita menyendiri bertemankan Suratul Insan. Nampaklah kita kekerdilan ini. Nampaklah kita kehinaan kejadian ini. Dari setitis air yang hina. Dijadikan kita dengan penuh amanah! Rabb berpesan. Jalan yang salah dan kebenaran. Kebenaran itu dengan anugerah KAFUR dan ZANJABBIL , matair yang jernih dan senang diteguk. Duduk disyurga terang benderang tanpa mentari. Tanpa panas. Ditemani gadis pemuda mutiara syurga. Layak kah kita?
Dalam sepi ini kita bertanya.
Terjurai airmata. Hati makin terasa. Tertusuk kerana itu bukan tempat kita. Siapalah kita untuk syurga? Itulah sepi. Mengajar kita bercerita. Bercanda dengan jiwa. Meratap kita mengenangnya. Adakah mungkin. Apakah mungkin. Cahaya itu akan menyala lagi dalam hidup kita. Seperti masih bernyalanya harapan kita pada seseorang yang dekat dihati atau pada syurga dan bidadarinya!
Itulah sepi. Hikmah sepi yang perlu kita renungi.