Sep 21, 2010

It's up to me

0 comments


Semakin besar, semakin banyak dugaan...sampai kita tak mampu nak menghadapinya dan sampai satu tahap nak menyalahkan takdir apa yg berlaku. Tapi yelah, kadang-kadang bila sampai satu tahap di mana saya rasa hidup ini tidak adil saya tahu ada something tak kena. I don't know what it is sebab masalahnya kadang-kadang kita sendiri tak tau kt mne puncanya. Bila kita dh dpt puncanya satu lagi punca dan bermacam-macam lagi dtg di fikiran bagai arus yg kita sendiri xdpt menahannya. Akhirnya tenggelam dlm fikiran sendiri yg melemaskn. Saya jenis bila ada perasaan tdk puas hati dgn seseorg saya kadang-kadang boleh direct je ckp. Tp klu dgn somebody yg ada keterikatan yg rapat dan yg lbh tua saya tak puas hati saya byk mendiamkn diri walupun rasa geram. Mgkn kita tak nak menyakitkan hati mereka or mls nk bertengkar. Baik diam saja. Mungkin itu jalan terbaik tp jalan itu membuatkan saya sometime menjauhkn diri dr mereka kerana itu saja cara utk melindungi diri saya dr disakiti. Kadang-kadang saya memikirkan apa yang saya buat itu hanya melindungi diri walaupun tau ianya hanya berkesan utk sementara tetapi bukan menyelesaikan. Kebiasaannya dgn org yg kita rapatla kita paling senang utk menyakitkan hati mereka. Mungkin kita anggap itu biasa dan anggap mereka faham dgn perangai kita. Ini hanya andaian tp kebiasannya mmg begitu. Penyelesaian itu begitu sukar utk dicari selagi tidak memahami apa masalahnya. Aku banyak menyalahkan diriku sndiri sehingga sukar utk memotivasikan diriku lagi walaupun begitu banyak yg aku tahu. Ayt2 seprti ujian memtangkan diri atau Allah nak uji aku byk kusebut tetapi mgkn ini ujian yg paling berat yg xsggup aku hadapi. Emosiku sdh tdk menentu. Aku hanya ingin memejamkan mata selama-lamanya spya bebanku pergi. Memikirkan penyelesaian yg bagai tiada penghujungnya. Tapi kita xboleh minta spy kita pegi 'jauh' cme mgkn saya sebagai manusia biasa yg memilih cara yg mudah.


Saya memendam terlalu lama hingga sedikit demi sedikit ketidakpuasan hati menjadi benci yg menakutkan. Mungkin semua tidak faham apa yg saya alami kerana saya yg alaminya. Saya bukan mahu simpati dr orang bila saya meluahkan cme itu saja cara supaya saya dpt tenang kembali dan menghadapi hidup dgn optimistik. Saya akui manusia mmg perlukan perhatian dan saya salah seorg drpdnya...kdg2 ia melemaskn jika berlebihan tetapi merindukan bila tiada. Peliknya....saya tak tau kenapa. Tapi meluahkan itu hanya sementara kerana masalah itu tidak akan selesai jika hny berkata-kata tetapi jika melaksanakan. Sekarang saya still keep my strength to go on with my life on my own. Aku sebenarnya tdk suka dgn keadaan mcm ni tetapi biarlah utk kebaikan saya dan mereka. Saya tahu mereka juga mungkin lagi gembira dgn ketiadaan saya. Saya mahu buat apa yg saya mahu dan saya suka....apa mereka mahu saya xnak tahu..Rasa bodoh je bgtau semua ni tp whateverla. And I know Allah always have deep in ma heart.


To lighten myself now, just a little word:


It's up to you


It's not what happens to you

That can make your life or break it.

Thhe thing that really matters

Is the way you choose to take it.


You can have a "pity party"

And say life's not worth the living,

Or find some place that needs the love

And help you could be giving.


You can crawl into a shell,

And reach a state of depression,

Or count the many blessings

You still have in your possession.


You can say that life's not fair,

And that you simply cannor bear it,

Or seek what's good in life,

And find a way that you can share it.

Kesimpulan:emm...saya punya cara dr terus-terusan sedih bukan tak ada. Cme ia hanya berkesan bila berseorangan.

Sep 2, 2010

Ceriakan Harimu

0 comments

Aug 9, 2010

Sem baru, masa menuju perubahan

0 comments

Salam. Walaupun dh msk minggu ke-5 saya memulakan sem baru tetapi baru nk pos dlm blog subjek ape yg diambil sem ini. Bukan ape..kadang idea tu hanya dpt ditulis dlm buku saja sbb internet di sini agk susah nk dpt jgk..Jadi, alhamdulillah akhirnye dpt jugak dicoretkan tentang apa saja tntg kehidupan saya di uia bile masuk sem baru ni...

Subjek yang diambil adalah:-

>Introduction to economics for engineering
>Fundamental of Financial accounting
>Human Computer Interaction
>Project Management in IT
>IT Security 1

Itu tentang subjek yg diambil...5 subjek semuanya..agak tough jgk sbnrnye sbb ade subjek kira2 kot..hmm..tp alhmdllh setakat ni masih dlm kawaln..hehe..okla, sem ni perlu sungguh2 n tingkatkan lagi usaha dr sem yg lepas...apa yg kurang kita perbaiki dan yg baik kita kekalkn dan pertingkatkn lagi...Yang penting Doa, usaha, ikhlas, tawakal..smoga Allah beri yg terbaik untukku...

Sepotong hadis utk direnung bersama:

"Diterima dari Mu'adz bin Jabal beliau berkata:Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Pelajarilah ilmu itu dengan sungguh-sungguh sebab mempelajarinya dengan sungguh-sungguh krn Allah merupakan suatu kebaikan. Adapun mentadaruskan ilmu itu merupakan tasbih, membahasnya merupakan jihad, sedangkan menuntutnya merupakan ibadah. Adapun mengajarkan ilmu sama dgn bersedekah, memberikan ilmu kepada ahlinya merupakan suatu korban, memikirkan ilmu menyamai puasa, mudzakarah ilmu sama dgn mengerjakan smbhyang sunat".




Sahurlah walaupun seteguk air

0 comments


BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17) –

Sumber: http://dakwah2u.blogspot.com/2007/09/walaupun-seteguk-air-sahur-pelihara.html
Powered by Blogger.