Dec 24, 2010

There is always a way

0 comments

You are stronger than anything standing

In your way. Because you have a purpose

That cannot be denied.

Often that purpose is difficult and inconvenient

To follow. Yet it is never impossible to follow.

There is always a way. If the path you’re on

Is blocked, look for another route,

Because it is surely there.

You can be flexible, innovative, determined

And persistent. You can imagine any possibility,

And then work to make that possibility real.

Every moment, every circumstance, every turn

Of events presents you with an opportunity to act.

Take those oppurtunities, make those actions

Come to life, and express the purpose that

Is uniquely you.

Step forward and embrace the responsibility

For moving your life forward.

Whatever may come, there is always a way.

Nov 27, 2010

Hikmah berdiam diri

1 comments
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. ..

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM :
  1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
  2. Perhiasan tanpa berhias.
  3. Kehebatan tanpa kerajaan.
  4. Benteng tanpa pagar.
  5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
  • "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat ABU NAIM)
  • "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
  • "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat AT-TARMIZI)
Madah Dari Hukama:
  • BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
  • MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
  • KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Mabuk dalam cinta terhadap Allah..

0 comments

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S. berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya”.

Berkata Nabi Isa, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu”. Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah”. Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa A.S. pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”. Selesai sahaja Nabi Isa berdoa, maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salamnya, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa”. Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaKu. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun tentu dia tidak mengetahuinya”.

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

  • Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
  • Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
  • Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima”.

  • Mereka cinta kepada dunia tetapi mereka lupa kepada akhirat.
  • Mereka cinta kepada harta benda tetapi mereka lupa kepada hisab.
  • Mereka cinta kepada makhluk tetapi mereka lupa kepada Al-Khaliq.
  • Mereka cinta kepada dosa tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
  • Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah tetapi mereka lupa kepada kubur
Sumber:Himpunan kisah-kisah teladan

Nov 16, 2010

The result came out nice...

3 comments
Tada..~~hehe...hasil kerja yang ke-2. Seronok tengok hasil2 seni semua ni. Semuanya bermula dr minat...kalau tak minat mmg xakan suka benda2 cmni..

Nov 15, 2010

KeNangan BerSaMa

3 comments
Ini waktu Huda dan Kak Husna dtg UIA Gombak waktu dorg cuti balik Malaysia. Rsenye ni waktu bln puasa haritu. Lagi 2 minggu nak raya. Seronok dpt jumpa mereka. Gambar2 tu sedikit dr aktiviti kitorg..hee..Tq Huda dan Kak Husna dtg memeriahkan hari hari kami. Walaupun sekejap ttp dpt merapatkan kembali ukhuwah antara kami. May Allah bless u all!

Oct 28, 2010

Exam bermula!Mari berdoa...

0 comments

Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Amin….

Oct 19, 2010

Silence

0 comments
Sejauhmana kegembiraan manusia, Suatu hari akan merasa sepi sepertimana hati yang pernah disepikannya dengan keegoan jiwa manusiawinya.Terkadang kesepian itu bersifat sementara dan itu adalah keindahan dan terkadang sepi itu hingga kepenghujung usia. Dan itu hukum alam untuknya! Mohonlah kemaafan darinya sebelum kita lebih merana!

Sepi mengajar kita tentang dunia. Tentang manusia. Tentang cinta.

Betapa dunia memerlukan harta dan kedudukan hingga kita kejarnya hingga berpindah benua. Kita teruja. Berusaha. Hingga terkadang menyimbah airmata mendambakannya. Dunia makin laju meninggalkan kita. Kita kejar dan kejar hingga merana. Kita memeluknya hingga terpana. Mengucupnya hingga terleka. Kita semakin tua tapi dunia menjadi obsessi kita. Kita terasa muda. Hingga lupa penjaga kita. Kiri dan kanan pencatit kita. Dosakah. pahalakah. Kita tidak terasa. Kita terlalu berbaik sangka dengan dunia. Kita guna ijtihad kita. Dunia perlu untuk dakwah. Harta perlu untuk dakwah. Jawatan perlu untuk dakwah. Kedudukan perlu untuk dakwah.

Sebenarnya yang bertanduk itulah yang mengajar kita. Akan ijtihad yang begitu. Kita makin buta Sirah. Dakwah tidak tertegak dengan harta. Tidak tertegak dengan jawatan. Tidak tertegak dengan kedudukan. Apakah jawatan Muhammad? Hingga mampu menguasai dunia. Engineer? Doktor? Atau apa apa saja.

Dan sepi mengajar kita.

Kita semakin mengecil ditengah kafilah dakwah. Dengan memegang jawatan besar kita berijtihad lagi. Kita akan buat dakwah. Tapi sibuknya kita dengan kerja. Dengan assignment kerja dan kita terkulai dengan permainan ijtihad kita. Ini saja yang aku mampu. Cukuplah! Sekurang kurangnya aku buat. Kita berIjtihad lagi. Dengan yakinnya. Untuk meruksahkan masuliyah kita. Membenarkan kelemahan kita. Itulah kita dengan dunia. Makin dikejar makin jauh larinya. Hingga sepi ukhrawi dibelakang kita!

Sepi semakin sepi.

Bila kita pernah sepikan hidup insan lain. Bila hukum karma menghempap kita. Kita resah bagai burung kehilangan sayap. Bagai layang2 yang putus tali. Patah hati kita. Kita terkandas dihempas takdir. Mata air menjadi airmata. Begitulah sepi mengungkap derita. Di dalam sepi juga kita cuba bangun dengan segala derita. Cinta bukan untuk derita kalau berawal dan berakhir pada Allah. Erti cinta ialah memberi dan memiliki. Itulah cinta yang dimaknai. Bukan untuk menerima. Tidak perlu derita dan kecewa jika tidak mendapatinya. Kalau kita mencintai seseorang jangan mengantungkan harapan kebahagiaan hidup dengan hidup bersamanya! Kalau dia menolak kita dan itulah yang menjadi kita sengsara. Kita sengsara bukan kerana mencintai dia, tapi kerana mengantungkan kebahagiaan kita diatas cintanya.Lemahnya kita. Malu kita dengan kelemahan itu.

Kita cuba memujuk jiwa. Namun sepi juga kita rasa. Kerana kita berdosa. Dosa yang amat terasa. Entah insan itu maafkan kita. Atau ia menyimpan deritanya untuk dikembalikan kepada kita didunia kedua. Jangan begitu. Kata hati kita.

Sepi tetap mengajar kita untuk berfikir.

Terkadang kita memerlukan detik sepi untuk bertanya pada hati. Dalam tafakur dimalam sunyi untuk menyoal pada hati. Pada nurani dan bisikan nurani itu akan lebih jelas kedengaran dan waktu itu mudah2an kita akan mengenali suara hati dari hiruk pikuk nafsu.

Sepi juga terkadang menjadikan kita lebih akrab dengan wahyu.

Disaat kita menyendiri bertemankan Suratul Insan. Nampaklah kita kekerdilan ini. Nampaklah kita kehinaan kejadian ini. Dari setitis air yang hina. Dijadikan kita dengan penuh amanah! Rabb berpesan. Jalan yang salah dan kebenaran. Kebenaran itu dengan anugerah KAFUR dan ZANJABBIL , matair yang jernih dan senang diteguk. Duduk disyurga terang benderang tanpa mentari. Tanpa panas. Ditemani gadis pemuda mutiara syurga. Layak kah kita?

Dalam sepi ini kita bertanya.

Terjurai airmata. Hati makin terasa. Tertusuk kerana itu bukan tempat kita. Siapalah kita untuk syurga? Itulah sepi. Mengajar kita bercerita. Bercanda dengan jiwa. Meratap kita mengenangnya. Adakah mungkin. Apakah mungkin. Cahaya itu akan menyala lagi dalam hidup kita. Seperti masih bernyalanya harapan kita pada seseorang yang dekat dihati atau pada syurga dan bidadarinya!

Itulah sepi. Hikmah sepi yang perlu kita renungi.

Reflection...

0 comments

YaAllah,
Jika
di setiap nafas-aku
dalam setiap nadi-aku
dan jika
pada setiap tingkah, kata dan perbuatan-aku
mampu menyumbangkan kemudaratan
kepada hamba-Mu yang lain
ku-mohon, Kau ampunkan lah aku
dan kau naikkanlah darjat hamba-Mu itu
disisi-Mu
supaya ianya dapat menebus kembali
dosa, salah dan khilafku
kepada mereka....



Yesterday, today and tomorrow

1 comments


Today is the tomorrow I worried about yesterday

And today was such a lovely day

That I wondered why I worried about today yesterday

So today I am not going to worry about tomorrow

There may be not be a tomorrow anyway

So today I am going to live as it there is no tomorrow

And I am going to forget about yesterday

And nearly my plans for today did not plan out the way I thought
they would yesterday

So today I am forgetting about tomorrow an I plan for today

But not too strenuously

Today I will stop to smell a rose

I will tell a loved one how much I love her

I will stop planning for tomorrow and plan to make today the best
day of my life

Today is the tomorrow I was afraid of yesterday

And today was nothing to be afraid of

So today I will banish fear of the unknown

I will embrace the unknown as a learning experience full of exciting
opportunities

Today unlike yesterday I will not fear tomorrow

Today is the tomorrow I dreamed about yesterday

And some of the dreams I dream today will come true
tomorrow

Today is the tomorrow I set of those goals for yesterday

And I reached some of those goals today

So today I am going to set slightly higher goals for today and
tomorrow

And if tomorrow turns out to be like today

I will certainly reach all of my goals one day!

~So make sure your goals for today achieved!~
If you fail to plan, you plan to fail....Good luck for all for your final exam..

Oct 15, 2010

Al-quran online

0 comments
Assalamu'alaikum..
Mungkin ini just nak kongsi satu link al-quran online yg baru saya jumpa. Best sgt sbb die ada translation dlm English. Korang semua boleh cek kalau rajin^^.

http://anarm.net/blog/quran-explorer/

Sep 27, 2010

Sahabat Sejati..

3 comments

Manusia tidak bisa hidup keseorangan...
Perlu teman perlu rakan...
Seluruh orang2 beriman...
Adalah bersaudara dan bercinta..

Namun dari segi fitrahnya...
Ada yang teristimewa baginya..

Kalau nabi memilih abu bakar..
Sebagai teman berbicara..
Siapa pula rakan berkasih kita...
Kenapa pilih dia..??

Teman kita..
Kalu hanya mampu bersangka baik...
Baru serendah ukhwah namanya...
Itupun berukhwah ertinya..
Yang teristimewa kata hassaan al banna..
Dia akan melebihkan kita dari dirinya..
Itupun teman berduka...
Teman bercinta...
Teman bermesra...
Kalu belum sampai ke peringkat itu...
Rakan biasa Cuma..

Kudapati sahabat sejati..
Tidak semestinya kaya raya...
Sebaya umur atau hanya...
Rakan ketawa...
Menangis tiada...
Tidak semestinya...
Panadai bercerita dongeng...
Dan mitosnya atau...
boleh belanja makan semeja...

tetapi sahabat sejati...
ia adalah sahabat di hati...
biar kurang bersuka ria...
gelak tawa namun jiwa hidup bersama...
wajah kita dilubuk perasaannya...
wajahnya dalam renungan mata...
sehari tidak berpandangan...
bertanya khabar dan amalan...
seolah-olah telah hilang...
sebahagian daripada kehidupan...
putaran hidup kita...
adalah diari hidupnya...
murka kita...
kebimbangannya...
rahsia kita rahsianya juga...
apabila berselisih faham...
dia adalah jasa pendamai...
yang bersegera...

nama kita...
sebahagian dari rukun...
doa dan munajatnya...
harta kita, hartanya juga...
bahagia kita pesta hidupnya...
dia adalah sahabat sejati...
sahabat iman sahabat abadi...

marilah kita benarkan ucapan,
saidina ali rodhialluanhu...
"tiada guna bertemankan dengan orang
Yang tidak berpendirian,..
Kemana angin bertiup...
Kesitulah condongnya,
Dia pemurah bila kita...
Tidak memerlukan hartanya...
Tetapi..
Dia bakhil Bila kita
Jatuh miskin dan papa.."

Alangkah banyak rakan...
Ketika anada menghitung2nya...
Tetapi alangkah sedikit mereka...
Ketika bala datang menimpa...

Betapa sukar mencari..
TEMAN curahan hati...

Sama-sama renungkan dan semoga saya juga menjadi sebahagian dari teman2 yang sejati...(",)

Sep 26, 2010

Untuk tatapan semua

0 comments
Suka dgn kepulan awan yang besar-besar waktu tu...


Bagaimana agaknya rse jika dpt memegang awan?..

Sep 21, 2010

Cacat di dalam hati

0 comments
Sungguh indah berpakaian kemas
sungguh mudah mengukir senyuman
tapi apakah sama dihatimu
dan senyum mu semanis di hati.

Usahlah kau bicara
akan sejuta keindahan
sedangkan hatimu
penuh kebencian dan cemburu.

Disebalik senyuman manis mu
dan kata kata yg indah itu
masihkah dapat desembunyikan
cacat di dalam hati.

It's up to me

0 comments


Semakin besar, semakin banyak dugaan...sampai kita tak mampu nak menghadapinya dan sampai satu tahap nak menyalahkan takdir apa yg berlaku. Tapi yelah, kadang-kadang bila sampai satu tahap di mana saya rasa hidup ini tidak adil saya tahu ada something tak kena. I don't know what it is sebab masalahnya kadang-kadang kita sendiri tak tau kt mne puncanya. Bila kita dh dpt puncanya satu lagi punca dan bermacam-macam lagi dtg di fikiran bagai arus yg kita sendiri xdpt menahannya. Akhirnya tenggelam dlm fikiran sendiri yg melemaskn. Saya jenis bila ada perasaan tdk puas hati dgn seseorg saya kadang-kadang boleh direct je ckp. Tp klu dgn somebody yg ada keterikatan yg rapat dan yg lbh tua saya tak puas hati saya byk mendiamkn diri walupun rasa geram. Mgkn kita tak nak menyakitkan hati mereka or mls nk bertengkar. Baik diam saja. Mungkin itu jalan terbaik tp jalan itu membuatkan saya sometime menjauhkn diri dr mereka kerana itu saja cara utk melindungi diri saya dr disakiti. Kadang-kadang saya memikirkan apa yang saya buat itu hanya melindungi diri walaupun tau ianya hanya berkesan utk sementara tetapi bukan menyelesaikan. Kebiasaannya dgn org yg kita rapatla kita paling senang utk menyakitkan hati mereka. Mungkin kita anggap itu biasa dan anggap mereka faham dgn perangai kita. Ini hanya andaian tp kebiasannya mmg begitu. Penyelesaian itu begitu sukar utk dicari selagi tidak memahami apa masalahnya. Aku banyak menyalahkan diriku sndiri sehingga sukar utk memotivasikan diriku lagi walaupun begitu banyak yg aku tahu. Ayt2 seprti ujian memtangkan diri atau Allah nak uji aku byk kusebut tetapi mgkn ini ujian yg paling berat yg xsggup aku hadapi. Emosiku sdh tdk menentu. Aku hanya ingin memejamkan mata selama-lamanya spya bebanku pergi. Memikirkan penyelesaian yg bagai tiada penghujungnya. Tapi kita xboleh minta spy kita pegi 'jauh' cme mgkn saya sebagai manusia biasa yg memilih cara yg mudah.


Saya memendam terlalu lama hingga sedikit demi sedikit ketidakpuasan hati menjadi benci yg menakutkan. Mungkin semua tidak faham apa yg saya alami kerana saya yg alaminya. Saya bukan mahu simpati dr orang bila saya meluahkan cme itu saja cara supaya saya dpt tenang kembali dan menghadapi hidup dgn optimistik. Saya akui manusia mmg perlukan perhatian dan saya salah seorg drpdnya...kdg2 ia melemaskn jika berlebihan tetapi merindukan bila tiada. Peliknya....saya tak tau kenapa. Tapi meluahkan itu hanya sementara kerana masalah itu tidak akan selesai jika hny berkata-kata tetapi jika melaksanakan. Sekarang saya still keep my strength to go on with my life on my own. Aku sebenarnya tdk suka dgn keadaan mcm ni tetapi biarlah utk kebaikan saya dan mereka. Saya tahu mereka juga mungkin lagi gembira dgn ketiadaan saya. Saya mahu buat apa yg saya mahu dan saya suka....apa mereka mahu saya xnak tahu..Rasa bodoh je bgtau semua ni tp whateverla. And I know Allah always have deep in ma heart.


To lighten myself now, just a little word:


It's up to you


It's not what happens to you

That can make your life or break it.

Thhe thing that really matters

Is the way you choose to take it.


You can have a "pity party"

And say life's not worth the living,

Or find some place that needs the love

And help you could be giving.


You can crawl into a shell,

And reach a state of depression,

Or count the many blessings

You still have in your possession.


You can say that life's not fair,

And that you simply cannor bear it,

Or seek what's good in life,

And find a way that you can share it.

Kesimpulan:emm...saya punya cara dr terus-terusan sedih bukan tak ada. Cme ia hanya berkesan bila berseorangan.

Sep 2, 2010

Ceriakan Harimu

0 comments

Aug 9, 2010

Sem baru, masa menuju perubahan

0 comments

Salam. Walaupun dh msk minggu ke-5 saya memulakan sem baru tetapi baru nk pos dlm blog subjek ape yg diambil sem ini. Bukan ape..kadang idea tu hanya dpt ditulis dlm buku saja sbb internet di sini agk susah nk dpt jgk..Jadi, alhamdulillah akhirnye dpt jugak dicoretkan tentang apa saja tntg kehidupan saya di uia bile masuk sem baru ni...

Subjek yang diambil adalah:-

>Introduction to economics for engineering
>Fundamental of Financial accounting
>Human Computer Interaction
>Project Management in IT
>IT Security 1

Itu tentang subjek yg diambil...5 subjek semuanya..agak tough jgk sbnrnye sbb ade subjek kira2 kot..hmm..tp alhmdllh setakat ni masih dlm kawaln..hehe..okla, sem ni perlu sungguh2 n tingkatkan lagi usaha dr sem yg lepas...apa yg kurang kita perbaiki dan yg baik kita kekalkn dan pertingkatkn lagi...Yang penting Doa, usaha, ikhlas, tawakal..smoga Allah beri yg terbaik untukku...

Sepotong hadis utk direnung bersama:

"Diterima dari Mu'adz bin Jabal beliau berkata:Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Pelajarilah ilmu itu dengan sungguh-sungguh sebab mempelajarinya dengan sungguh-sungguh krn Allah merupakan suatu kebaikan. Adapun mentadaruskan ilmu itu merupakan tasbih, membahasnya merupakan jihad, sedangkan menuntutnya merupakan ibadah. Adapun mengajarkan ilmu sama dgn bersedekah, memberikan ilmu kepada ahlinya merupakan suatu korban, memikirkan ilmu menyamai puasa, mudzakarah ilmu sama dgn mengerjakan smbhyang sunat".




Sahurlah walaupun seteguk air

0 comments


BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17) –

Sumber: http://dakwah2u.blogspot.com/2007/09/walaupun-seteguk-air-sahur-pelihara.html

Jul 25, 2010

UKHWAH itu INDAH

0 comments
picture from ~ islamic-testi.logspot


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,
sebab itu damaikanlah
(perbaikilah hubungan) antara
kedua saudaramu itu dan bertaqwalah terhadap Allah,

supaya kamu mendapat rahmat."
(al-Hujurat: 10)

Indah hidup berukhuwah keranaNya. Manisnya dan kelazatannya tidak ternilai. Apakah itu Ukhuwah Islamiyah (Ikatan Persaudaraan kerana Allah)?

Hassan Al-Banna dalam majmu' Rasail menjelaskan:

" Yang saya maksudkan dengan ukhuwah Islamiyah ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah. Aqidah merupakan ikatan paling kukuh dan bernilai. Ukhuwah adalah saudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara kufur. Kekuatan pertama (selepas aqidah) ialah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang."

Ikatan aqidahlah yang mengikat antara hati orang-orang Islam - bukan ikatan darah, keturunan, bangsa, kebendaan, kroni dan sebagainya. Ikatan aqidah adalah ikatan yang paling kukuh.




Darjat Ukhuwah

Terdapat tingkatan-tingkatan dalam ukhuwah. Adakah ukhuwah yang kita rasai selama ini tergolong di antara ukhuwah yang paling minima dan ukhuwah yang paling tinggi?

Ukhuwah yang paling minima ialah salamatus-sadri iaitu sejahtera jiwa sesama muslim. Yakni, seseorang muslim tidak mempunyai sebarang halangan dengan saudaranya - wujud saling percaya mempercayai, tiada syak wasangka dan curiga.

Ukhuwah yang paling tinggi ialah al-ithar iaitu seseorang muslim mengutamakan saudara seislamnya melebihi dirinya sendiri. Oleh itu, adakah kita sudah melepasi seminima ukhuwah? Adakah kita sudah menjejaki jalan menuju Ukhuwah yang paling tinggi?




Ukhuwah Adalah Anugerah Allah

Ukhwah. daripada mana datangnya nikmat ukhuwah ini. Adakah secara kebetulan? Adakah tempoh kekal lamanya perhubungan? Adakah lahir dari perasaan yang asyik dengan kemanisan bersaudara atau berkawan?

Ketahuilah saudaraku, Ukhuwah itu adalah satu anugerah Allah kepada orang-orang beriman. Allah menanamkan di dalam hati mereka sifat tersebut. Ia bukan ciptaan manusia. Firman Allah subhanahuwata'ala.


"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para mukmin dan Dialah menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Anfal: 62-63)

Oleh itu saudaraku yang ku kasihi, pohonlah kepada Allah s.w.t supaya DIA mengekalkan anugerah yang tidak ternilai ini di dalam jiwa kita. Tiada kudratnya kita untuk memastikan ukhuwah ini terjaga. Hanya DIAlah yang Maha Perkasa yang memperkuatkan dan menyatukan hati-hati kita. Mudah-mudahan ukhuwah yang terbina keranaNya membawa kita semua ke negeri yang Indah Abadi (Syurga).



mentari senja ^^


Jul 8, 2010

Suka-suka...

0 comments
Analisis dari quiz career : http://quiz.ivillage.co.uk/cgi-bin/uk_work/tests/career.pl

You would be very happy in a career that utilised your level-headedness, and allowed you to work mainly on your own. You want a career that allows you to stimulate your senses and your mind, without having to be involved with lots of people. Some careers that would be perfect for you are:

Emm,..adalah yang sama dgn dlm fikiran skrg...tapi maybe ada yg hanya boleh buat hobi aje..
  • Novelist(maybe??...hihi)
  • Photographer(just hobi)
  • Vet
  • Medical Technician
  • Paralegal
  • Geologist
  • Marine Biologist
  • Graphic Designer
  • Online Content Developer
  • Webmaster
  • Computer Security
  • Producer
  • Computer Programmer
  • Technical Writer
  • Systems Analyst
  • Meteorologist
  • Artist(artist?no..no..no..)
You like working and being alone. You like to avoid attention at all costs. You tend to keep to yourself, and not interact much with the people around you. You enjoy spending time with a few a close friends. You like to listen to others, but don't like sharing much about yourself. You are very quiet and private.

You are very practical, and only act after thinking things through. You don't like being forced to answer quickly. You have to evaluate the situation completely. You make decisions based on what you can verify with your senses.

You like to be involved deeply in one or two special projects. You like to be behind the scenes. You are very logical and fair. You feel you should be honest with others at all costs.

You trust what is certain. You only like new ideas if they can be practically applied to the situation. You value what is real. You use your common sense. You like to utilise the skills you have instead of learning new ones. You are very specific and detailed when writing or talking to others. You follow directions well. You like things to be laid out for you to do instead of working them out for yourself. You like decisions to be made. You don't like things to be left in limbo. You like to know what you are getting into before you commit to something.

You like to focus on the here and now. You enjoy completing projects. It is important for you to achieve and succeed. Therefore, you believe in working hard and playing later. You like to set goals and work towards them

Sebuah kisah:warkah dari ayahanda

0 comments
photo from ~ duniaizryn.blogspot.com

Assalamualaikum warahmatullah…

Puteriku,

Sewaktu aku ingin menitipkan tintaku ini buatmu aku merenungimu dengan penuh kasih sayang. Waktu itu engkau baru berumur beberapa hari selepas engkau dilahirkan kedunia ini oleh ibu yang mengandungkan dirimu. Aku bersyukur kerana aku dianugerahkan seorang cahaya mata bernama wanita yang bakal mewarisi sifat kelembutan ibumu sebagai wanita solehah.

Namun perlu engkau ingati akan kelembutanmu itu, bukanlah diskriminasi Tuhan terhadapmu. Aku berpesan buatmu tentang keadilan Tuhanmu. Betapa agungnya Dia menciptakan dirimu sebagai insan yang bernama wanita supaya kau sanjungi anugerahNya buatmu.

Keagungan Tuhanmu mengatasi segalanya. Oleh itu patuhilah segala perintahNya lantaran kau terpilih dijadikan cuma sebagai hamba dan jauhilah laranganNya untuk menunjukkan kasihmu terhadapNya. Perhatikan segala amanahNya buatmu kerana amanahNya perlu kau dahulukan daripada amanah makhluk-makhlukNya. Selamatlah dirimu tika mana kau memilih jalan Taqwa dan meninggalkan perangkap maksiat dan kehinaan. Puteriku! berimanlah dikau dengan Allah yang Maha Agung. Yakinilah pada ajaran dan sunnah Rasulullah saw. Berpeganglah pada dustur yang mengajarmu tentang tarekat hidupmu lantas ketauhidanmu akan mengikat Taqwa dan imanmu terhadap penciptamu. Yakinilah bahawa setiap perkhabaran para Rasul itu benar sekalipun berita yang di bawa itu bukan cuma berita gembira.

Puteriku,

Hari ini aku akan menamakan dirimu. Aku memilih nama seorang wanita yang aku kagumi dari kalangan wanita-wanita lain yang juga turut menjadi idola. Namun hatiku cuma muyul untuk menamakan dikau dengan nama ini. Janganlah sesekali engkau merasa jengkel dan kekurangan dengan namamu ini. Paling tidak merasa cemburu dengan nama-nama temanmu yang lain barangkali jauh lebih up to date. Percayalah bahawa namamu ini sudah memadai untuk kau merasa rendah diri terhadap Tuhanmu dan bertanggung jawab untuk menaladani peribadi yang pernah bernama seperti itu. Ingatlah kau bakal menjadi serikandi sepertinya suatu masa nanti.

Aku berpesan kepadamu tentang ilmu. Ilmu itu mengangkat darjat manusia. Ilmu jugalah yang mencipta peradaban ciptaan manusia yang hakikatnya adalah ketentuan Ilahi. Ilmu jugalah yang memisahkan kekufuran bila hidayah dicampakkan ke kalbu seseorang insan. Oleh itu usahlah engkau pencilkan dirimu dari ilmu kerana engkau bakal bergelar seorang ibu yang akan mendidik anak-anakmu nanti. Ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi. Kedua-duanya muhrim bagimu, namun ilmu ukhrawi lebih aham. Justeru aku menyekolahkanmu di sekolah aliran agama supaya cita-citaku itu menjadi pasti.

Sewaktu kecilmu engkau diasuh ibumu. Engkau dibelai manja. Ketika salahmu engkau diteguri supaya engkau berhati-hati di lain kali. Ketika betulmu aku dalam diam mensyukuri kepintaran yang dikurniakanNya buatmu. Patuhilah perintah kedua ibu bapamu selagimana ianya tidak berselisih dengan ajaran Islam. Usahlah engkau bersedih tika engkau gagal sekali. Sebaliknya berusahalah dengan lebih gigih kerana engkau masih mempunyai peluang untuk kali kedua. Janganlah engkau pencilkan kesedihan dengan esak tangismu yang menyayukan hati. Janganlah engkau salahkan Tuhanmu tika lara dan duka mengunjungi laman hidupmu. Sedarilah itulah ujian TuhanMu untuk menilai kesabaran dan ketaqwaanmu terhadapNya.


Puteriku,

Apabila usiamu mencecah sembilan tahun engkau akan bertukar status dari seorang kanak-kanak perempuan menjadi wanita. Ya… wanita yang punyai tanggung jawab terhadap agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. Engkau bakal mengalami peristiwa ganjil. Janganlah engkau takuti akan peristiwa itu lantaran ia adalah perkara ghalib untuk kaum hawa. Engkau akan mengalami haidh. Ia adalah darah yang keluar dari kemaluanmu ketika engkau dalam keadaan sihat. Engkau perlu tahu hukum-hakam mengenainya. Apa yang perlu engkau lakukan dan apa yang ditegahi agama terhadapmu. Janganlah engkau merasa hina dengan ia kerana ia adalah suatu urusan yang ditentukan Allah kepada wanita-wanita berketurunan Adam.

Selepas kejadian ganjil itu engkau punya tanggung jawab besar. Engkau perlu lunaskan tanggung jawabmu terhadap agamamu. Jangan engkau abaikan tanggung jawabmu terhadap kesucian dirimu. Apabila sudah berhenti haidhmu maka bersegeralah engkau menyucikan dirimu dan kerjakanlah semula amal ibadatmu. Sesudah itu engkau akan berkali-kali mengalami peristiwa tadi sehingga engkau mengerti hikmah ketentuan Ilahi terhadapmu. Usahlah engkau merasa pelik jika aku tuturkan untukmu bahawa ada wanita yang tidak pernah mengalami haidh dalam hidupnya. Dialah puteri kesayangan Baginda Rasulullah (Fatimah al-zahra' r.a). wanita yang cuma datang haidhnya sekali seumur hidup. yang setahun sekali.yang jarang-jarang sekali dan normalnya ia datang setiap bulan. Maka hitunglah. Paling kurang haidh itu adalah sehari semalam dan paling lama tempohnya adalah 15 hari berserta malamnya. Tentu engkau merasa pelik mengapa aku menulis warkah seperti ini bukan? Aku ingin mengajarmu tentang hidupmu. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah; Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya. Justeru janganlah engkau segan silu bertanya tentang usuran agamamu pada hal yang tidak engkau ketahui atau engkau ragui kesahihannya kepada orang-orang yang lebih mengetahui. Janganlah engkau tanyakan pada orang yang jahil kerana kelak fatwanya menyesatkan dirimu.

Selepas tempoh ini engkau akan membesar menjadi seorang wanita. Tubuh badanmu akan mengalami perubahan sedikit demi sedikit sehingga engkau bakal dikagumi oleh lelaki. Wajib tika ini engkau menutup auratmu terhadap pandangan lelaki ajnabi. Engkau tidak betah lagi untuk menayangkan tubuhmu lantaran ia adalah fitnah yang merosakkan. Waktu ini juga citarasamu akan berubah. Perasaanmu untuk mendekati dan berkawan dengan kaum lelaki melonjak-lonjak. Engkau akan girang bila engkau punyai teman berlainan jantina. Itulah yang dinamakan ikhtilat. Biasanya ia berlaku ketika usia peralihanmu sewaktu engkau menduduki tangga menengah alias usia remaja. Umur sementahmu itu pada hematku tidak wajar engkau berbuat begitu melainkan untuk urusan-urusan yang dibenarkan syariat. Ikutilah jejak ibumu. Dialah modus operandi terhampir buatmu. Seingatku dia tidak pernah menjalin hubungan alias berpacaran dengan lelaki ajnabi selainku.

Puteriku,

Engkau adalah anak pasca alaf kemodenan. Paling tidak engkau adalah generasi akhir zaman. Oleh itu janganlah engkau sia-siakan zaman mudamu dengan hiburan dunia yang melekakan. Penuhilah dadamu dengan ilmu. Tidak rugi engkau menjadi seorang yang berilmu seperti beberapa tokoh serikandi Islam yang pernah melakarkan sumbangan mereka terhadap Tamadun Islam.

Lihat saja Saidatina 'Aisyah r.a yang terdidik oleh Madrasah Rasul. Dia betah menjawab persoalan-persoalan yang diajukan lantaran kefaqihannya yang terbukti. Mengimbaskan nostalgia Saidatina Khadijah r.a pasti kita terpana akan perngorbanannya yang sukar untuk ditandingi. Pun begitu menyorot kezuhudan dan agung kasih serta cintanya terhadap Ilahi tentu sahaja engkau pernah mendengar akan nama Rabiatul Adawiyah. Kesemua mereka itu adalah wanita. Beruntunglah engkau duhai puteriku jika engkau menyusuli jejak mereka. Aku sengaja menampilkan peribadi-peribadi tadi bukan untuk menghasut cemburumu, malah aku mahukan engkau menaladeni jejak mereka. Tidak salah untukmu terjun kejihad kerana ikhlasmu untuk menegakkan agama Allah. Aku tidak mengajar engkau untuk takut akan mati syahid. Pernahkah engkau mendengar kalam seorang mujahid tentang perjuangan?

Telah berkata As-Syeikh Abdul Qadir Audah: "Jika aku dipenjarakan kerana perjuangan suci ini, aku boleh beruzlah. Jika aku dibuang daerah, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh kerana perjuangan yang benar ini maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang syuhada'."

Berbicara soal perjuangan merupakan suatu realiti kerana hidup ini adalah sebuah perjuangan. Perjuangan membebaskan diri dari cengkaman kekufuran terhadap Ilahi. Perjuangan menundukkan hawa nafsu yang sering meronta di dalam diri. Perjungan di titian kesabaran mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan Tuhan. Perjuangan mendidik diri menjadi seorang hamba dan perjuangan untuk merintis serta mengembalikan kedaulatan Daulah Islamiah yang telah lama hilang. Ya… itulah tugas utama kita. Itulah amanah yang perlu kita lunaskan semenjak kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniah pada tahun 1924M. Maka sehinggalah perjuangan murni itu mencapai noktahnya yang entah bila janganlah engkau menyimpangkan diri dan hatimu dari terus bersama dalam ribat Jamaah Islam.

Puteriku,

Sampai masanya nanti engkau bakal menjadi seorang isteri dan seterusnya bergelar seorang ibu. Usahlah engkau ragui akan jodohmu kerana lelaki soleh itu adalah untuk wanita solehah. Dari itu jika engkau mengidamkan bakal suamimu sehebat Saidina Ali k.w jadikanlah dirimu laksana semulia Fatimah al-Zahra'. Aku nukilkan kata-kata Asma' binti Kharizah Fazari r.a. diriwayatkan bahawa ia telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suamimu (dengan mentaat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebaninya dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja daripada dirimu.

Kehidupan berumah tangga adalah amanah sebenarnya. Bukan sekadar pengkongsian kebahagiaan semata-mata malah berkongsi segalanya sehinggalah manusia menyedari tanggung jawab masing-masing sebagai suami isteri. Taatilah suamimu dalam taqwamu terhadap Allah. Janganlah sesekali engkau menderhakai suamimu. Ingatlah wahai puteriku sesungguhnya Baginda Rasul saw pernah bersabda: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup." Usahlah engkau merasa pilu dengan perkhabaran-perkhabaran tadi. Persiaplah dirimu kerana walaupun kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan wanita lantaran mereka dari golongan wanita-wanita yang jahat. Namun masih ada ruang untuk wanita mendapat syurga. Jadilah wanita yang baik. Jadilah wanita yang mentaati perintah Tuhan dan suaminya. Jadilah wanita yang menjadi ibu yang baik.

Puteriku,

Puisi ini untukmu…

Kaulah mawar idaman
Tumbuhmu di taman larangan
Mekarmu dipagari dan dibajai
Sesucinya hatimu seindah akhlakmu
Diciptakan sebagai seorang wanita
Mewarisi kelembutan wanita solehah

Kembangmu tetap indah
Walau cuma di taman larangan
Menyinarkan nur keimanan
Nan mekar dihiasi mahmudah
Berkat asuhan ayah bonda

Kaulah serikandi ummah
Akhlakmu permata diri
Peliharalah maruah dan budi
Nescaya kaulah yang bernama
Wanita Sejati
Kebanggaan ayah bonda…


Puteriku,

Barangkali engkau sudah bosan membaca warkahku ini. Aku tidak pasti bilakah masanya engkau bakal membaca warkahku ini. Kalau engkau membacanya tika aku masih di sampingmu maka anggaplah ini pesanku buatmu wahai puteriku. Jika engkau membacanya tika aku sudah disemadikan itulah wasiatku buatmu.

Untuk mengakhiri warkahku ini aku juga ingin berpesan sebagaimana Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya…

T
elah berpesan Luqman Al-Hakim kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-
"Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidahmu.
Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai dan adabmu.
Ingatilah kepada Allah s.w.t.
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
Lupakanlah semua kesalahan orang lain terhadapmu.
Sentiasalah mengingati mati."


Ayahandamu.

Fatimah Al-Zahra' melipat semula warkah itu untuk kesekian kalinya. Itulah wasiat ayahnya. Ayahnya gugur syahid sebelum sempat melihat dia mencapai impian yang dilakarkan dalam warkah bisu itu. Kini Fatimah Al-Zahra' adalah penuntut tahun akhir jurusan Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah, Mesir. Dia mencapai semula kitab Qawaid Feqh sebagai isti'datnya untuk menghadapi imtihan dan terpenting untuk mencapai impian seorang ayah...

wallahualam...




...bukan untuk si manja!

0 comments
photo from ~ islamic-creed.com/WALLPAPERS

Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.


Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.


Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.


Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.


Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.


Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,


-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.


Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara `penting' yang lain.


-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong


-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.


Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.


Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.


Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.


Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.


Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.


Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?


Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"

sumber : http://muntalaq. wordpress. com/

Jul 3, 2010

Gembira bila ada yang mengingatkan 2..

0 comments
Dalam kita melangkah terkadang diuji
dengan ujian yang terasa berat hingga
kita terduduk dan menangis.
Peritnya terasa tetapi ketahuilah
dan renungilah kembali ke
dalam diri...
Mungkin dia hadirkan airmata
tika itu unttuk kita menjahit
kembali sejadah iman yang kian terkoyak
lantaran ada langkah-langkah yang
tersasar dari keikhlasan.
Semoga kita sabar dan ditetapkan iman

Perjuangan memang pahit, jalan utk seorang pejuang
itu bukanlah jalan yang ditabur bunga dikanan kiri,
tapi di sepanjang perjalanannya akan bertaburan
duri yang tajam menikam..
hati seorang pejuang itu halus dihiris
dan terguris. Penawarnya cuma satu, cinta pada ILAHI,
itulah yang akan menjadikan kita kebal
menghadapi
tribulasi ujian hidup ini...
Selamat Berjuang.

Tiada pelita di dunia ini yang dapat
menerangi kehidupan di dunia
dan akhirat...kecuali pelita
hati yang disinari cahaya keimanan...
Jika hidup kamu dalam kekosongan,
dampingilah keesaan Tuhan..
nescaya kamu akan memperoleh ketenangan
jua kedamaian....

Jadikan cinta pada Rabbmu awal dr segalanya.
Biarkan kekuatan cinta itu yang
mendenyutkan nadi hidupmu,
syukur menjadi deru juangmu
dan jika bukan kerana
cinta kepadaNya,
tentu lelah kaki ini melangkah.

Sahabatku...Tika kau gundah, atara kecintaan hatimu dan redha Tuhanmu..
Aku ingin sekali kau mengerti...Sesungguhnya apa yang diredhainya,
pastinya yang terbaik untuk dirimu..Duhai sahabat, jika kau
meninggalkan sesuatu yang kau cintai hanya utk
Tuhanmu, pasti dia akan menggantikan untukmu sesuatu
yang lebih baik dari itu..Percayakah kau pada janjiNya?
Tunggulah sahabatku, janjinya pasti akan datang..
Hanya Dia yang Maha Mengetahui, betapa keranaNya kau korbankan
kehidupanmu....

Jul 2, 2010

Gembira bila ada yang mengingatkan..

0 comments
Saya sebenarnya masih baru dalam berblogging ni jd buat masa ini biarlah saya berkongsi mesej-mesej nasihat yang saya dapat yang dihantar oleh sahabat-sahabat saya yang disimpan sekian lama didalam buku.....tq for share with me frenz...

Sesungguhnya SOLAT itu satu kurniaan yang
amat besar bagi para sahabat.
Ia ibarat air di kala dahaga.
Ia ibarat makanan di kala lapar.
Ia ibarat pertemuan dgn KEKASIH
yang sangat dirindui.

Setiap mata pasti akan menangis di padang mahsyar
KECUALI mata yang dipejamkan dari yang haram,
mata yang berjaga mlm dalam jihad
dan mata yang menitis air mata TAQWA.

Sahibahku, Tenang dalam iman,
manis dengan cabran,
lazat dalam berjuang,
tabah dalam ujian
adalah kekuatan yang lahir drpd
proses tarbiyah yang berkesan,
bukan hanya mimpi dan teori indah...

Kata Saidina Ali: "Sesiapa yang
menjadikan al quran mengikut Allah.
Dan sesiapa yang mengambil al quran
sebagai panduan, maka al quran
itu akan menolak ke syurga.

Wahai wanita-wanita Islam..Seorang MUSLIMAH itu dipandang dari AKHLAKNYA...
Seorang MUKMINAH itu dinilai dari IMANNYA...
Seorang SRIKANDI itu diukur dari PERJUANGANNYA...
Seorang IBU itu dirindui dari PENGORBANANNYA...
Seorang gadis itu dihargai dari sifat MALUNYA...
Seorang WANITA itu dihormati dari KETINGGIAN MARUAHNYA...
Oleh itu..Duhai muslimah sejati..
Bersihkanlah hatimu...kemanisan iman sukar dikecapi
tanpa janji TUHAN. Jannah bukan mimpi tapi realiti.
Dunia ini hanyalah persinggahan. Akhirat itu kekal abadi...

"Tak terasa bila dia pergi...tapi sayu bila dia tak kembali.
Mencarinya dengan hati suci lebih indah
daripada memiliki tapi tak menghargai.
Dia datang tanpa seruan..pergi tanpa alasan.
Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan,
kerana hadirlah adalah satu anugerah yang tak berkesudahan..
Thank you Allah for the GIFT of IMAN...

Serahkan dirimu sepenuh hati padaNYA, dengan itu
Allah akan memberi kekuatan sbg ganti
dari kelemahan, memberi keamanan sebagai ganti dari ketakutan
dan memberi kecukupan sebagai ganti dari kemiskinan.
(Yusuf Qardhawi)

Siang itu terang,
jangan gelapkan dgn dosa.
Malam itu panjang,
jangan pendekkan dengan tidur.
Manfaatkan masa mudamu
dengan menjadikan TAQWA sbg perahu,
IMAN senagai isinya dan
TAWAKAL sebagai layarnya...

Perbaharuilah bahteramu kerana lautan
semakinn dalam, kuatkan
peganganmu kerana penjuru mehnah
makin bercabang...
Perjuangan bukan destinasi tapi
perjalanan yang pasti...
Waqafkanlah diri untuk ISLAM!

Biarkan hatimu hanya untuk ALLAH,
pasti DIA temukan padamu pemilik
terbaik, hamparkan masamu
seluasnya hanya utk-NYA, pasti DIA
aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya...


Nikmat Allah yg tidak dihargai...

0 comments

Monolog...

Ingin sahaja aku pergi jauh...jauh sekali..jauh dr paksaan emosi,dr tekanan, dr hiruk-pikuk dunia,dr kata-kata manusia...Hanya sabar shj yg sdg mnjdi pembendung dr segala kekacauan emosi di kala ini. Ya, sabar...Begitulah indahnya rasa bersabar apbl semua kesakitan hr ni membuahkn kebahagiaan dan kegembiraan kelak.

Aku bingung, bila 'nikmat' itu ada di dpn mata, perasaan ini tidak merasa erti makna sebuah makna menghargai. Bila jauh pula perasaan rindu mula menerpa dan ayat ini terasa bagai terngiang-ngiang di kepala "Haa..bila dh jauh barula nak bersyukur."

Kadang-kadang 'nikmat' ini semakin tidak dirasai...tidak dihargai, tak disedari kewujudan dan kepentingannya...mungkin diri ini yg tidak bersyukur atas nikmat itu. Mungkin bila 'nikmat' itu menjauh atau menghilang barulah aku akn merasainya...ya, itulah manusia...selalu saja tdk bersyukur sprti aku skrg...Ampunkan aku ya Allah...Tuhan yg selalu membolak-balikkan hatiku...

Tapi kadang-kadang itulah sikap manusia, baru rasa nak menghargai tatkala 'nikmat' itu pergi....


Pemujuk hati...

Firman Allah SWT dalam QS Al-Ma’aarij ayat 19-27 bahwa: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir; Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah; Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir; Kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat; Yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya; Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu; Bagi orang (miskin) yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mau meminta); Dan orang-orang yang mempercayai hari pembalasan; Dan orang-orang yang takut terhadap azab Tuhannya.”

Mengeluh adalah perbuatan yang sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Karena itu Rasulullah SAW bersabda: “Tiga macam tanda-tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju (putus asa, bunuh diri, dsb.), mengeluh dan menghina nasab orang.” Dalam Hadist lain Rasulullah SAW bersabda: “Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan membuatkan pakaian dari uap api neraka.” (HR Ibnu Majah).

Cerita tentang sabar mghdpi ujian...

Pada masa Tabi’ien ada seorang yang bernama Abdul Hasan. Suatu saat ia pergi haji ke Baitul Haram. Saat tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang wajahnya bersinar dan berseri. “Demi Allah, aku belum pernah melihat seorang wanita yang wajah secantik dan secerah wanita ini, pasti wanita ini tidak pernah risau dan bersedih hati sehingga wajahnya tetap bercahaya dan berseri.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abdul Hasan lalu ia bertanya, “Apa katamu hai saudaraku ?, Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati karena risau, dan tidak ada seorangpun yang menemaniku dalam hal ini.” Abdul Hasan bertanya, “Hal apakah yang merisaukanmu ?” wanita itu menjawab, “Aku mempunyai 4 orang anak, satu sudah menikah, dua sudah dapat bermain sendiri, dan satu lagi masih menyusui. Pada suatu hari suamiku menyembelih kambing korban. Ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,

“Hai adikku, sukakah aku tunjukan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”.

Lalu adiknya disuruh berbaring, dan disembelihlah leher adiknya itu. Dia merasa ketakutan setelah melihat darah mengucur keluar dari leher adiknya itu. Kemudian dia lari ke bukit yang disana dia dimakan oleh srigala. Ayahnya pergi mencari anaknya itu sampai mati kehausan. Ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena kebadannya. Air panas itu melepuhkan kulit dan badannya sehingga tidak dapat tertolong lagi. Berita ini terdengar oleh anakku yang sudah menikah dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pingsan hingga smpai menuju ajalnya. Kini aku tinggal sebatang kara diantara mereka semua.”

Kemudian Abdul Hasan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”
Wanita ini menjawab, “Tiada seorangpun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeda. Sabar adalah memperbaiki yang lahir, hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh, maka ia tidak akan pernah mendapat ganti, kecuali sia-sia belaka.”
Demikianlah cerita diatas, suatu cerita yang dapat dijadikan tauladan dimana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT, ketika terkena musibah dan ujian dari Allah SWT. Karena itu Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah Hadist Qudsi: “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya di dunia kemudian ia sabar, melainkan Syurga baginya.”

Jun 28, 2010

Nilai Cinta

0 comments

Tajuk:Nilai Cinta
Lirik:Firdaus

andainya kau menghayati
sejarah cinta yang sejati
pasti akan kau memahami
pesonanya bukanlah mimpi

kasih Rahmah tak bertepi
tika suami ditandang duga
rahsia tulus rindu Zulaikha
sabar menanti dalam setia
harapan menjelma

pasti jua(tiada lagi) hatimu akan bersilang tanya
wujudkah lagi cinta tanpa dusta dan nista
menafikan pepatah, cinta itu buta

sesungguhnya keimanan
yang menuntun langkah cinta
menuju redha
dilingkari keikhlasan
yang bersulam kejujuran
pasti akan terserlah kemurnian cinta

ingin aku mengulangi
sejarah cinta yang suci
bersamamu insan terpilih
menzahir makna cinta sejati
tak sekadar mimpi
Powered by Blogger.